Friday 17 January 2014

buah tin

Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.

Diantara kelebihan buah tin:
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan daun pokok inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

Antara Khasiat Buah Tin:
  • Terhidar dari keracunan.
  • Melincinkan tekak & dada.
  • Mencucikan hati & jantung.
  • Membersihkan lendir yang terdapat dalam usus.
  • Jika dimakan bersama buah pala akan tawar racun.
  • Menghilangkan penyakit buasir & melawaskan kencing.
JIKA dimakan seperti biasa:
  • Dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga.
  • Mempercepatkan pertumbuhan gigi. 
  • Menghilangkan batuk yang berpanjangan.

PRODUK BUAH TIN

No comments:

Post a Comment